Proton Saga/Iswara adalah terbaik antara sebabnya adalah kerana ia berdasarkan model Mitsubishi. Orang-orang Jepun kalau keluar satu-satu model depa test dulu betul-betul, bukan main jual saja. Terima kasih kepada Dr Mahathir kerana memilih Mitsubishi sebagai rakan kongsi Proton 30 tahun dulu. Bukan sedikit syarikat yang nak berkongsi pada masa itu, tapi Mitsubishi juga jadi pilihan. Banyak la faktor kalau nak citer, tapi itu kena tanya orang-orang lama..
Pada awalnya dulu banyak juga orang buat tohmahan dan macam-macam cerita buruk Proton Saga. Kononnya enjin Orion tu dah ketinggalan 10 tahun terkebelakang. Proton pun pasang Magma 8 valve. Kemudian timbul trend multi-valve, Proton lancarkan pula Megavalve. Enjin Megavalve bertahan lama dengan jumlah jualan berjuta unit. Tak tahulah saya dalam sejarah permotoran ada tak enjin yang boleh menandingi keluaran siri enjin 4G ni dari segi jumlah jualan dan ketahanannya. Sesiapa boleh clarify…
Kesimpulannya, saya bangga pakai Saga/Iswara walau apa pun orang kata..
Kalau lining kat bumper tu rasanya ada jual kat spare part. Kalau lining getah tepi kat luar pintu tu ada jual kat aksesori kot.. Nanti dia potong ikut panjang mana yang kita nak…
Kurang arep sikit bab-bab hias ni.. Kena tanya mat bunga :)
Proton iswara sangat superb ok. kereta ni dah 16 tahun guna sejak aku darjah dua, naik sekolah menengah naik U sampai dh nak abih U. setakat ni baru 2 kali overhaul, sekali tukar paip ekzos dan setahun sekali tukar tayar. lain semua tip top xda masalah.. tapi baru baru ni je meter minyak aku problem. dah tiga hari bejalan pun meter still tunjuk kat takuk kedua.. agak2 apa masalahnya? kena ganti seketul ke?
salam, ape yg buat kete bgegar ye? baru 120kmj dah geli2 dah.. spring n absorber baru tukar, tayar baru tukar.. ada la kurang sikit gegar banding sblum tukar benda2 tu. tapi kalau tekan lbey 120kmj mmg bgegar abis satu badan. ade kate mounting enjin, ade kate bush.bush tu kat belah mane ye? tq
Bush Iswara datang bersekali dengan lower arm. Harganya dalam RM100 untuk sepasang (murah giler!).
Bush juga ada pada stabilizer bar. tapi yang ni jarang rosak dan bukan penyebab gegar.
Kalau gegar 120kmj agak susah nak cari masalahnya. Mungkin mounting dah lari, Mungkin kereta pernah accident, atau jatuh lubang. Mungkin juga brake disc dah bengkok. Mungkin juga spring tak sama keanjalan.
Keta lama saya dulu pernah kena cenggini (Honda CA), macam-macam ikhtiar tak juga dapat selesai masalah. Akhirnya jual je keta tu, habis cerita.
Nasihat saya kalau taknak gegar, bawa je pelan-pelan bawah 120kmj. Minyak jimat, saman pun tak kena. Nanti kumpul duit boleh sambar keta baru dapatlah jaga elok-elok.
saya ada guna proton iswara aerob.model tahun 1997.masaalahnya bila terperangkap dalamkesesakan.bila nak bergerak bergegar dan terus mati.off aircon takut kerana berat.kejadian sama berlaku juga.pening dan rasa nak termuntah.dalam keadaan tiada kesesakan baik dijlan biasa atau hiway ianya meluncur elok saja.tolong bgi pencerahan kepada sesiapa yang tahu. tq.
aku pakai iswara LMST yg power stereng thun 2007..aku pakai start aku keja di sabah lagi..1 borneo dah pusing..skrg aku keje di Kedah..pun dah 1 semanjung aku pusing..total milage 250k..blum pernah bt overhoul…condition ok…atas jalan gasak gak 140-150km. cuma yg penting 1 je petua dia.minyak enjin kena rajin2 tukar la..dlm milage 5k sekali..benda yg tukar..motor kipas arcond..pakai denso..suis power window (kdg2 mai angin gila nak rosak). pastu besa la bunyi2 tu ada la kuar ckit2..anggap je sbgai muzik tambahan dlm keta…lgpun masa beli dulu harga dlm rm27000..xpenah lg enjin breakdown..minyak save…(lebih kurang viva)..cuma 1 je yg best..brake xbrapa mencengkam n body ringan..tp..ok la tu dgn rega rm27000
secara peribadi aku rasa iswara versi 2002/03..sebelum LMST tu lebih baik.. dari segi aircond, dashboard..enjin sama je… sebab aku compare iswara 2004 aku dgn iswara pak mertua 2002.. cuba ko test drive iswara aeroback 2002 dgn lmst.. dah la lmst rim14…yg lama rim13…
aku minggu ni nak amik iswara LMST 2nd hand je dah g tengok kereta, body internal semua okat. belum test drive lg.. ade sape-sape boleh suggest tak ape lagi perkara nak cek kalau beli iswara LMST 2nd. mungkin ade yang berpengalaman pakai kete ni mungkin ade masalah kat mana-mana ke….
camne nk setting valve kreta iswara.. sape thu tlg ckp ek.. sbb stting kat kedai hari tu.valve jdi tertekan.. kreta jdi x pickup la skrg.. mnyak pun x save.. aku sudah pening
Pomen mana la yang Zull pi hantar sampai adjust tappet pun salah.. Saya rasa bukan masalah tappet tu, mungkin masalah lain, sebabnya tappet valve Iswara ni paling sempoi..
Cara mudahnya gini.. Adjust tappet apabila kedudukan piston oada TDC.. Longgarkan nat pengikat tappet dan putarkan pelaras tappet. Kalau tak silap saya untuk intake 0.25mm, exhaust 0.5mm gitulah lebih kurang. Adjust lebih sikit pun takpe, tapi jangan lebh sangat nanti bising.. Simple jer.. Kalau masih tak pick-up juga itu bukan masalah adjustment.. Mungkin valva seat dah bocor, kena top overhaul la pulak…
fuel saver n pickup terbukti berkesan untuk semua kereta support batery 12v-max 24v batery.perlindungan dan penjimatan,lihat komen pengguna klik http://jimatminyakfps.blogspot.com/
nk cerita sikit. aku der sebijik toyota avanza(2005-beli bru, tuk bawak keluarga), Pejo 407(2006-seken,tuk bini bawak. :D. x der masalah tpi spere part leh wat deposit g haji!) dn iswara. aku beli iswara oto 1.5 april 2001. dh lebih 10 taun. elok je. x dek masalah. cuma gnti sekali airkon, timing belt-2/3x lupa dah.., tayar, bateri, plug, tudung radiator, absober belakang, tembak gam plaster yg selalu tukang rumah sapu kat sinki kasi elak air masuk ikut lampu belakang & lain2 yg sikit2 je. minyak pun dulu ron92, la ni ron95 x pernah merasa nkmat ron97… mmng mcm anak tiri iswara aku tu. spere part pun murah. apek bawah pokok ketapang pun leh repair. x der nk pening2 pala(kalu pejo?????… huh!). sambil stu malysia aku ronda. ayam, itik , anak kucing habis suma aku dh langgar. bunyi sikit2 tu aku peduli apa.. lama2 ilang la. Aku wat angkut durian, kelapa, buluh lemang, ayam, dll (memang bercirikan kereta kegunaan org kg la ). Injin x pernah meragam. x pernah mati tak pasal2. minyk itam tuko sendiri pakai spanar idup je. timing injin leh pakai skru driver je. minyak itam dri dulu smpai skrg pakai nasa/castrol 15-40w. tuko 5k-6k km. meter dh dekat 300k. memang lasak dn berbaloi. rasa2 x nak jual pasal jasanya sb dah angkut banyak anak dara! kalu aku nk komen pun pasal minyak kuat sikit dn bawak tak sesedap wira @ pejo..:). baca komen kengkawan yg ngeri2 pasal problem,… aku no komen, mgkin nasib mike x baik kot atau aku terbeli proton iswara versi tansformer!
Baru2 ni saya wat pengantian alatan secara besar-besaran nak kasi tip top balik my loving iswara. Ganti abdober KYB depan dgn gasket sekali, sping absober depan, ganti minyak break, lining break, mounting injin full set, timing belt, water pump, top overhoul – gnti gasket, lower arm, getah air, servis radiator, tuning, lapik absober belakang 1.5 inci kasi angkat sikit, gelung getah drive shaft & ganti grill depan… huh pendek kata 1 bonet penuh dgn alat ganti….suma brg dgn upah dlm rm1200 je.. dapat balik tip top mcm kuar showroom.
dah dapat selesai masalah…….. cuma kipas aircond aje…….kalu sapa2 yang kena kes macam nie jangan tukar compressor dulu……….check kipas dulu… keta nie aku ambik baru…… tahun 2006…….tapi tak ngapa sebab dah pakai 5 tahun lebih……satu malaya dah aku ronda……….apa pun aku puas ati ngan
Salam, saya nk bertanya sedikit. Saya pakai iswara yg dashboard meter petak. Jika saya ingin menukar ke dashboard saga lmst anggaran kos brg termasuk upah pasang berapa ya? Harap ada yg boleh membantu. Terima kasih
sy dah cek dah. mounting depan dah koyak. satay bush mcm dah keras, driveshaft pun dah bunyi skrg ni. $$$..
tapi baru baru ni je meter minyak aku problem. dah tiga hari bejalan pun meter still tunjuk kat takuk kedua.. agak2 apa masalahnya? kena ganti seketul ke?
Hanya satu je yg ada masalaj iaitu lmp air masuk dalam bonek?