Sada Borneo perlukan sokongan untuk mara ke kemuncak Asia's Got Talent
Kohilah Sekaran,Astro Awani |Kemas kini:Mei 01, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 01, 2015 13:30 MYT)
KUALA LUMPUR: Kumpulan pemuzik tempatan Sada Borneo yang berjaya memukau juri di acara saringan Asia’s Got Talent telah bertanding di peringkat separuh akhir dengan bakat-bakat dari negara Asia yang lain malam tadi.
Persembahan lima orang anak muda, Sada Borneo semalam hanya berjaya mendapat pujian daripada dua juri iaitu Anggun dan Van Ness. Malah Anggun turut kembali ingin menghasilkan album world music selepas menonton persembahan kumpulan tersebut.
Namun demikian, juri pemusnah mimpi, David Foster dan Melanie C menyatakan mereka tidak begitu berpuas hati dengan persembahan malam itu dan mengharapkan persembahan yang lebih kreatif daripada mereka.
Walaupun persembahan kumpulan Sada Borneo itu tidak menerima tepukan sanjungan daripada para juri seperti acara saringan tetapi kebanyakan rakyat Malaysia masih menunjukkan sokongan mereka terhadap kumpulan muzik itu melalui laman sosial.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan