Ijazah tidak menjamin pekerjaan
Semua orang tahu
bahawa dengan memperolehi segulung ijazah sarjana muda tidak akan menjamin
pekerjaan. Banyak di antara mereka menganggur selama berbulan-bulan dan
bertahun-tahun. Bukan sahaja graduan daripada dalam negara sahaja, bahkan
graduan luar negara juga belum tentu mereka akan dapat kerja apabila pulang ke
Malaysia.
Antara faktor-faktor
utama graduan tidak mendapat kerja adalah:
1. Tiada pengalaman.
Kebanyakan syarikat di Malaysia ini memilih mereka yang mempunyai pengalaman
dan pernah bekerja.
2. Kemahiran
berkomunikasi lemah. Semua tahu, kebanyakan temuduga dalam bahasa inggeris,
namun ramai orang melayu masih lagi tidak boleh berkomunikasi dengan baik dalam
bahasa inggeris. Mereka hanya tahu menjawab sepatah perkataan tanpa
menghuraikan dengan lebih jelas.
3. Tiada kemahiran
yang diperlukan oleh syarikat atau industri.
4. Gagal dalam
menjawab kertas ujian yang diberikan.
5. Memilih kerja dan
tak mahu gaji yang rendah.
5. Keputusan
peperiksaan yang lemah. Biasanya keputusan peperiksaan adalah pilihan terakhir
bagi syarikat untuk memilih anda.
Walau bagaimanapun,
jika anda tidak dapat kerja, cubalah menjadi usahawan. Jika tiada modal,
cubalah bekerja di kedai runcit, petronas, supermarket ataupun di gerai makan.
Manalah tahu suatu hari, pengalaman daripada bekerja seperti ini, akan
menjadikan anda seorang usahawan yang lebih berjaya nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan